Selasa, 17 Julai 2018 | 3:36pm

Kereta curi 'terbang' rempuh gerai

KUALA LUMPUR: Sebuah kereta jenis Kia Forte berwarna putih dipercayai dicuri 'terbang' merempuh sebuah gerai berdekatan jejantas berhadapan Institut Latihan Perindustrian (ILP), di Jalan Kuchai Lama, di sini, kira-kira jam 8.30 pagi tadi.

Saksi kejadian itu, Mohd Nur Firdaus Mat Robi, 31, berkata sebelum rempuhan berkenaan, kereta itu yang dipandu laju dilihat ingin membelok dan membuat satu selekoh tajam ke kiri masuk Jalan Kuchai Maju 3 namun gagal berbuat demikian akibat kesesakan trafik dan kereta yang banyak.

"Kereta itu yang laju nak pusing kiri tak lepas, nak elak kenderaan lain menyebabkan Kia Forte itu rempuh gerai berkenaan.

"Hasil perbualan dengan beberapa anggota polis di sini, kereta itu dikatakan dicuri.

"Mangsa mengalami kecederaan agak teruk, sudah dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan selanjutnya.

KERETA yang disyaki dicuri terbabas merempuh gerai di Jalan Kuchai Lama. - Foto Nurul Shafina Jemenon
KERETA yang disyaki dicuri terbabas merempuh gerai di Jalan Kuchai Lama. - Foto Nurul Shafina Jemenon

"Kia Forte itu pula akan ditarik oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan dihantar ke Balai Polis Trafik Jalan Tun H.S. Lee untuk siasatan selanjutnya," katanya ketika ditemui di sini.

Sementara itu, pemilik gerai itu, Sariah Yakin, 58, berkata dia mendapat berita mengenai kereta terbang itu yang dilihat menyebabkan kerosakan gerainya hampir 80 peratus daripada penduduk sekitar.

"Saya biasa berniaga di sini jual kuih, selalu mula jual kuih jam 9.30 pagi.

"Sudah berniaga di sini lebih tujuh tahun, kejadian itu yang pertama seumpama ini.

"Ketika ini, anak cuba untuk membaiki gerai termasuk melihat apa langkah susulan perlu diambil susulan kejadian berkenaan," katanya.

KERETA yang disyaki dicuri terbabas merempuh gerai di Jalan Kuchai Lama. - Foto Nurul Shafina Jemenon
KERETA yang disyaki dicuri terbabas merempuh gerai di Jalan Kuchai Lama. - Foto Nurul Shafina Jemenon
KERETA yang disyaki dicuri terbabas merempuh gerai di Jalan Kuchai Lama. - Foto Nurul Shafina Jemenon
KERETA yang disyaki dicuri terbabas merempuh gerai di Jalan Kuchai Lama. - Foto Nurul Shafina Jemenon
Berita Harian X