Khamis, 19 Julai 2018 | 11:28pm
Seorang lelaki maut selepas nekad terjun dari tingkat 16 sebuah apartmen di Jalan PJS 8/9 di sini, petang tadi.

Lelaki maut terjun dari tingkat 16

PETALING JAYA: Seorang lelaki maut selepas nekad terjun dari tingkat 16 sebuah apartmen di Jalan PJS8/9, di sini, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira 3.20 petang itu, mangsa yang berusia 42 tahun pada mulanya dilihat duduk di belebas dinding bahagian luar bangunan di tingkat berkenaan menyebabkan orang ramai yang melihat kejadian itu membuat laporan ke talian 999.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din, berkata anggota polis dan pasukan bomba yang menerima panggilan kecemasan pada jam 1 tengah hari bergegas ke lokasi untuk menyelamatkan mangsa.

"Anggota bomba mengambil masa kira-kira dua setengah jam untuk memujuk mangsa agar tidak terjun.


Seorang lelaki maut selepas nekad terjun dari tingkat 16 sebuah apartmen di Jalan PJS 8/9 di sini, petang tadi.

"Bagaimanapun, lelaki itu nekad terjun sebaik isterinya tiba di tempat kejadian," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, siasatan mendapati tiada sebarang unsur jenayah terbabit dalam kejadian itu dan mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk proses bedah siasat.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohd Rizal Buang, berkata ketika kejadian, anggota bomba sedang bersedia dengan tali taktikal menyelamat serta memasang beg kusyen udara di tingkat bawah bangunan.

"Kita cuba menyelamat dan memujuknya namun mangsa tidak memberi kerjasama.

"Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan dan mayatnya kita serahkan pada pihak polis," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Berita Harian X