Selasa, 24 Julai 2018 | 7:49pm
BERPULUH-PULUH rumah papan musnah dalam kebakaran di Kampung Cenderamata 2 di Likas, Kota Kinabalu. - Foto Mohd Adam Arinin
BERPULUH-PULUH rumah papan musnah dalam kebakaran di Kampung Cenderamata 2 di Likas, Kota Kinabalu. - Foto Mohd Adam Arinin
BERPULUH-PULUH rumah papan musnah dalam kebakaran di Kampung Cenderamata 2 di Likas, Kota Kinabalu. - Foto Norasikin Daineh
BERPULUH-PULUH rumah papan musnah dalam kebakaran di Kampung Cenderamata 2 di Likas, Kota Kinabalu. - Foto Norasikin Daineh
ANGGOTA bomba berusaha memadamkan kebakaran di Kampung Cenderamata 2 di Likas, Kota Kinabalu. - Foto Norasikin Daineh
ANGGOTA bomba berusaha memadamkan kebakaran di Kampung Cenderamata 2 di Likas, Kota Kinabalu. - Foto Norasikin Daineh

Terjun sungai selamatkan diri

KOTA KINABALU: Sebahagian penghuni di Kampung Cenderamata 2, Likas di sini, nekad terjun ke sungai untuk menyelamatkan diri selepas penempatan itu terbakar, hari ini.

Seorang mangsa wanita, Rimah Mangkabong, 59, yang menetap di sebuah rumah di Lorong Lima kampung berkenaan, antara hampir 1,000 penduduk yang tinggal sehelai sepinggang selepas kira-kira 150 rumah musnah dalam kebakaran itu.

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, Rimah melecur di bahagian paha dan bahagian belakang ketika cuba menyelamatkan diri serta luka di kaki dipercayai terkena benda tajam ketika terjun di sungai.

Bagaimanapun, mangsa berjaya menyelamatkan diri dan dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.

Penduduk, Sali Salmani, 48, dia menyedari kebakaran itu selepas terdengar jeritan jiran dan mendapati api sedang marak di lorong lima.

"Saya yang berada di Lorong Empat segera memaklumkan kepada jiran lain dan menyelamatkan perabot serta dokumen penting sebelum api merebak ke rumah saya.

"Hanya beberapa minit, api sampai ke Lorong Empat sebelum memusnahkan seluruh rumah di kawasan kejiranan kami," katanya antara penduduk yang bertungkus lumus memadamkan kebakaran di kampung itu.

Remaja, Nurliyana Abdullah, 15, berkata dia terpaksa melompat keluar dari rumah dan melarikan diri sebaik melihat api berada di hadapan pintu rumahnya.

"Saya terus melompat, saya sudah tidak dapat berfikir ketika itu apabila lihat api berada di depan pintu rumah.

"Saya cuma sempat capai dokumen penting termasuk sijil lahir untuk diselamatkan," katanya yang seorang diri di rumah ketika itu.

HAMPIR 1,000 penduduk yang tinggal sehelai sepinggang selepas kira-kira 150 rumah musnah dalam kebakaran ini. - Foto ihsan Bomba
HAMPIR 1,000 penduduk yang tinggal sehelai sepinggang selepas kira-kira 150 rumah musnah dalam kebakaran ini. - Foto ihsan Bomba

AISHAH jamudin, 58, (kiri) menenangkan seorang daripada mangsa kebakaran di Kampung cenderamata 2, Likas. - Foto Norasikin Daineh
AISHAH jamudin, 58, (kiri) menenangkan seorang daripada mangsa kebakaran di Kampung cenderamata 2, Likas. - Foto Norasikin Daineh

Sementara itu, Ketua Kampung Likas Utara, Mumin Rasam, berkata dianggarkan 150 rumah musnah dalam kejadian itu.

"Tiada kemalangan jiwa dilaporkan, namun hanya seorang penduduk wanita difahamkan melecur ketika menyelamatkan diri dengan terjun ke sungai berikutan api merebak di seluruh kawasan hadapan rumahnya.

"Namun, penduduk terbabit selamat dan dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut berikutan kecederaan yang dialaminya di bahagian paha akibat melecur," katanya.

Mumin turut memaklumkan Dewan Serbaguna Likas sudah dibuka untuk penempatan sementara penduduk yang terjejas.

"Penduduk yang terjejas boleh ke dewan berkenaan untuk penempatan sementara dan seterusnya untuk proses pendaftaran kepada pihak berkaitan," katanya.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X