Rabu, 1 Ogos 2018 | 7:59am
KEBAKARAN besar di Kampung Air semalam, membabitkan kawasan seluas 0.4 hektar yang memusnahkan kira-kira 100 rumah. - Foto ihsan bomba

TERKINI: 100 rumah atas air musnah

SEMPORNA: Kebakaran besar di Kampung Air di sini, semalam, membabitkan kawasan seluas 0.4 hektar yang memusnahkan kira-kira 100 rumah.

Ia membabitkan dua kawasan iaitu Kampung Air Hujung dan Kampung Air Tengah, namun tiada sebarang kecederaan atau kematian dilaporkan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, berkata pasukan bomba mengambil masa lebih tiga jam untuk mengawal kebakaran daripada merebak ke kawasan lain.

Katanya, bomba menerima panggilan pada jam 5.58 petang dan menghantar sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Semporna yang tiba di lokasi empat minit kemudian.

"Operasi membabitkan 48 anggota termasuk dari Balai Bomba dan Penyelamat Kunak serta Tawau bersama empat jentera, dua EMRS serta tiga kenderaan utiliti.

"Turut membantu operasi ialah polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Air, Sabah Electricity Sdn Bhd serta penduduk kampung," katanya.

Beliau berkata, punca kebakaran masih dalam siasatan dan jumlah sebenar mangsa yang terjejas belum dapat dipastikan.

KEBAKARAN besar di Kampung Air semalam, membabitkan kawasan seluas 0.4 hektar yang memusnahkan kira-kira 100 rumah. - Foto ihsan bomba
KEBAKARAN besar di Kampung Air semalam, membabitkan kawasan seluas 0.4 hektar yang memusnahkan kira-kira 100 rumah. - Foto ihsan bomba

Difahamkan, kebakaran dipercayai bermula dari sebuah rumah, sebelum api merebak dengan cepat berikutan kedudukan kediaman yang rapat antara satu sama lain.

Ini insiden kebakaran besar keempat membabitkan penempatan atas air dan setinggan di Sabah dalam tempoh 36 hari.

Pada 27 Jun lalu, seramai 1,224 penghuni hilang tempat tinggal apabila 125 rumah di Kampung Gas, Sandakan terbakar, disusuli 150 penduduk terjejas dalam kebakaran 30 rumah di Kampung Sarip, Lahad Datu, 9 Julai lalu.

Dalam kejadian terbaru pada 24 Julai lalu, kira-kira 150 rumah di Kampung Cenderamata Dua di Likas, terbakar mengakibatkan hampir 800 penduduk tinggal sehelai sepinggang.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X