Sabtu, 11 Ogos 2018 | 1:06pm
KAWASAN hutan dan belukar seluas hampir dua hektar di Jalan Kuching berhampiran susur ke Bulatan Segambut, Kuala Lumpur, terbakar, malam tadi. - Foto Ihsan Bomba

Kawasan hutan, belukar terbakar

KUALA LUMPUR: Kawasan hutan dan belukar seluas hampir dua hektar di Jalan Kuching berhampiran susur ke Bulatan Segambut, di sini, terbakar, malam tadi.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kebakaran itu.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, Khirudin Drahman, berkata kebakaran turut membabitkan papan iklan berhampiran lokasi kejadian.

Katanya, seramai 32 pegawai dan anggota bersama tujuh jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sentul, BBP Sri Hartamas dan BBP Sentul, selain bomba sukarela dari BBP Bukit Bintang serta Kepong Batu, dikerahkan ke lokasi sebaik menerima panggilan pada jam 9.56 malam.

“Setiba di lokasi, kami mendapati api sedang marak dan merebak menghampiri bangunan Kompleks Mahkamah Jalan Duta.

“Kami mengambil masa kira-kira satu jam untuk mengawal kebakaran sepenuhnya. Punca kebakaran masih disiasat,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Berita Harian X