Rabu, 15 Ogos 2018 | 3:01pm
DUA juruterbang cedera selepas helikopter dinaiki terhempas ketika membuat penerbangan ujian di di LTSAAS Subang, hari ini.
HELIKOPTER jenis Robinson R-66 terhempas di kawasan padang rumput di LTSAAS Subang.
DUA juruterbang cedera selepas helikopter dinaiki terhempas ketika membuat penerbangan ujian di LTSAAS Subang, hari ini.
TIADA kemalangan jiwa dilaporkan, juruterbang hanya mengalami cedera ringan.

Helikopter terhempas, juruterbang cedera

PETALING JAYA: Dua juruterbang cedera ringan selepas helikopter Robinson R-66 terhempas di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS), Subang dekat sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohd Zani Che Din berkata helikopter milik sebuah syarikat itu dipercayai terhempas ketika membuat penerbangan ujian di kawasan padang rumput 'helicentre’ di lapangan terbang itu pada 8.05 pagi.

“Juruterbang berusia 59 dan 70 tahun mengalami kecederaan ringan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata insiden itu tidak menyebabkan gangguan operasi harian LTSAAS.

Berita Harian X