Ahad, 2 September 2018 | 9:24am
KEADAAN bas ekspres yang melanggar penghadang jalan di Batu Gajah Perdana, awal pagi tadi. - Foto twitter BERNAMA
Seorang pemandu bas dan seorang penumpang maut, manakala 36 lagi cedera selepas bas ekspres dua tingkat yang dinaiki terbabas dan merempuh pembahagi jalan di Jalan Ipoh-Lumut berhampiran Batu Gajah Perdana awal pagi tadi. - Foto ihsan Pembaca

2 maut bas ekspres langgar penghadang jalan

BATU GAJAH: Seorang pemandu bas dan seorang penumpang maut, manakala 36 lagi cedera selepas bas ekspres dua tingkat yang dinaiki terbabas dan merempuh pembahagi jalan di Jalan Ipoh-Lumut berhampiran Batu Gajah Perdana di sini awal pagi tadi.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Batu Gajah, Zainal Abidin Wok, berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu jam 5.08 pagi tadi dan sebaik tiba di lokasi mendapati kemalangan membabitkan sebuah bas ekspres dua tingkat.


Seorang pemandu bas dan seorang penumpang maut, manakala 36 lagi cedera selepas bas ekspres dua tingkat yang dinaiki terbabas dan merempuh pembahagi jalan di Jalan Ipoh-Lumut berhampiran Batu Gajah Perdana awal pagi tadi. - Foto ihsan Pembaca

Seorang pemandu bas dan seorang penumpang maut manakala 36 lagi cedera selepas bas ekspres dua tingkat terbabas dan merempuh pembahagi jalan di Jalan Ipoh-Lumut berhampiran Batu Gajah Perdana awal pagi tadi. - Foto ihsan Bomba

Katanya, bas berkenaan dipercayai terbabas dan merempuh batu pembahagi jalan di tengah-tengah laluan terbabit.

“Setakat ini dua mangsa didapati meninggal dunia di lokasi kejadian membabitkan seorang lelaki yang juga pemandu bas dan seorang penumpang wanita.

“Manakala 36 lagi penumpang dilaporkan cedera dan kesemua mangsa dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.


Seorang pemandu bas dan seorang penumpang maut, manakala 36 lagi cedera selepas bas ekspres dua tingkat yang dinaiki terbabas dan merempuh pembahagi jalan di Jalan Ipoh-Lumut berhampiran Batu Gajah Perdana awal pagi tadi. - Foto ihsan Pembaca

Seorang pemandu bas dan seorang penumpang maut, manakala 36 lagi cedera selepas bas ekspres dua tingkat yang dinaiki terbabas dan merempuh pembahagi jalan di Jalan Ipoh-Lumut berhampiran Batu Gajah Perdana awal pagi tadi. - Foto ihsan Pembaca

Zainal Abidin berkata, berdasarkan maklumat awal bas terbabit dalam perjalanan daripada Ipoh menuju ke Lumut.

“Bomba kini masih menjalankan operasi pembersihan lokasi kemalangan itu,” katanya.

Berita Harian X