Isnin, 10 September 2018 | 10:57am

Siswi OUM maut nahas

BINTULU: Seorang pelajar wanita Universiti Terbuka Malaysia (OUM) maut selepas Toyota Avanza dinaikinya bertembung sebuah Perodua Myvi di Jalan Bintulu-Miri, di sini kira-kira jam 6 petang semalam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superintendan Alexson Naga Chabu, ketika dihubungi, mengesahkan mangsa, Carine Chieng, 18, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan serius di bahagian kepala.

“Pemandu Perodua Myvi berusia 24 tahun dan pemandu Toyota Avanza yang juga ibu mangsa, hanya cedera ringan dan dibawa ke Hospital Bintulu untuk rawatan lanjut,” ujarnya.

Alexson berkata, siasatan awal mendapati kenderaan dinaiki mangsa dan ibunya, Aban Hanyek, 48, dalam perjalanan dari Bintulu ke Miri sebelum masuk ke laluan bertentangan dan bertembung kenderaan lain yang bergerak laju.

“Siasatan terperinci akan dijalankan bagi mengetahui punca sebenar yang menyebabkan berlakunya insiden itu,” katanya.

Pihak bomba mengambil masa hampir satu jam bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit.

Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis sebelum dihantar ke Unit Forensik Hospital Bintulu untuk bedah siasat.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X