Rabu, 19 September 2018 | 4:28pm
BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. - Foto Mohd Fadli Hamzah
BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. - Foto Mohd Fadli Hamzah

SPRM sahkan Najib ditahan, dituduh esok

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membabitkan dana RM2.6 bilion yang didakwa dimasukkan ke akaun peribadinya.

Dalam satu kenyataan media, SPRM memaklumkan penahanan itu dibuat pada jam 4.13 petang di ibu pejabat SPRM di Putrajaya.

"Najib akan menghadapi beberapa pertuduhan di bawah Seksyen 23(1) Akta SPRM 2009 setelah mendapat izin mendakwa daripada Pejabat Peguam Negara.

"Najib akan dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok (20 September), jam 3.00 petang untuk pertuduhan di mahkamah," katanya.

Selain itu, SPRM juga akan bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi merakam percakapan Najib sebelum beliau dibawa ke mahkamah esok.

Ini bagi membantu siasatan pihak polis mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLA) 2001.

Sebelum ini Najib menghadapi tiga pertuduhan pengubahan wang haram di bawah AMLA 2001 dan empat lagi pertuduhan pindaan berhubung RM42 juta dana SRC International dalam akaun peribadinya.

Tiga deposit masing-masing berjumlah RM27 juta, M5 juta dan RM10 juta, didepositkan ke dalam akaun AmIslamic milik Najib antara 26 Disember 2014 dan 10 Februari 2015.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X