Selasa, 25 September 2018 | 11:19pm
Tiga beranak menempuh detik cemas selepas motosikal yang ditunggangi mereka dilanggar sebuah ferrari dalam kemalangan di Jalan Berjaya, Bukit Mertajam. - Foto ihsan Pembaca

'Bala berganda' Ferrari tamat cukai jalan

BUKIT MERTAJAM: Tiga beranak menempuh detik cemas selepas motosikal yang ditunggangi mereka dilanggar sebuah Ferrari dalam kemalangan di Jalan Berjaya, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 11.15 pagi itu, seorang lelaki berusia 37 tahun menunggang motosikal dengan membonceng isterinya berusia 31 tahun dan anak mereka berusia tiga tahun dari arah Jalan Song Ban Kheng menuju ke Jalan Maju.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid, berkata ketika tiba di lokasi kejadian lelaki itu didapati mengubah haluan dari kiri ke kanan hingga bertembung dengan Ferrari yang dipandu seorang jurujual berusia 31 tahun.

Tiga beranak menempuh detik cemas selepas motosikal yang ditunggangi mereka dilanggar sebuah ferrari dalam kemalangan di Jalan Berjaya, Bukit Mertajam. - Foto ihsan Pembaca

Keadaan dua dari tiga beranak yang tercedera dalam kemalangan selepas motosikal yang ditunggangi mereka dilanggar sebuah ferrari dalam kemalangan di Jalan Berjaya, Bukit Mertajam. - Foto ihsan Pembaca

“Akibatnya, berlaku pelanggaran yang menyebabkan motosikal yang ditunggangi terjatuh lalu menyebabkan dua pembonceng iaitu isteri dan anaknya mengalami kecederaan di kaki serta luka di muka dan mulut.

“Hasil siasatan mendapati kemalangan itu berpunca dari kecuaian penunggang motosikal berkenaan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Tiga beranak menempuh detik cemas selepas motosikal yang ditunggangi mereka dilanggar sebuah ferrari dalam kemalangan di Jalan Berjaya, Bukit Mertajam. - Foto ihsan Pembaca

Beliau berkata, dua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Bukit Mertajam (HBM) untuk rawatan.

Sementara itu, Nik Ros Azhan berkata, polis turut mengeluarkan saman ke atas pemandu Ferrari terbabit berikutan memandu kenderaan yang cukai jalannya sudah tamat tempoh.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Anak mangsa langgar sebuah ferrari dalam kemalangan di Jalan Berjaya, Bukit Mertajam dibantu oleh unit keselamatan. - Foto ihsan Pembaca

Berita Harian X