Isnin, 8 Oktober 2018 | 10:43am
Anggota Polis mengawal pintu masuk Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9 untuk proses menggali semula kubur jenazah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund Sdn Bhd, Allahyarham Nazrin Hassan yang meninggal dunia dalam kebakaran di rumahnya di Mutiara Damansara, Jun lalu. - Foto Saddam Yusoff

Permohonan tangguh penggalian kubur difailkan

PUTRAJAYA: Isteri kedua Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund Sdn Bhd, Samirah Muzaffar, mengemukakan permohonan di Mahkamah Rayuan di sini, hari ini bagi menangguhkan penggalian semula kubur suaminya, Allahyarham Nazrin Hassan.

Permohonan itu dikemukakan Samirah melalui peguam LS Leonard berikutan penggalian semula kubur di mana jenazah Nazrin dikebumikan mula dijalankan kira-kira jam 10 pagi tadi.

Pasukan forensik polis dipercayai tiba di Tanah Perkuburan Islam Kota Damansara, jam 8.30 pagi tadi

Penggalian semula berkenaan dijalankan atas permintaan abang kandung Nazrin, Dr Malek Hassan, supaya bedah siasat kedua dapat dilakukan.

Khamis lalu, Mahkamah Tinggi Shah Alam, memperbetulkan perintah Mahkamah Majistret Petaling Jaya berkaitan penggalian semula kubur

“Sesuatu permohonan inkues tidak boleh dijalankan selagi hasil dan laporan lengkap siasatan tidak diserahkan kepada Majistret.

“Berikutan itu, saya memperbetulkan perintah itu kepada Seksyen 329 (3) kanun sama yang memperuntukkan kuasa penuh kepada polis bagi menjalankan siasatan terutama mengenal pasti punca sebenar kematian (Nazrin),” katanya.

Berita Harian X