Khamis, 18 Oktober 2018 | 1:10pm
Hospital Putrajaya. - Foto Mohd Fadli Hamzah
Hospital Putrajaya. - Foto Mohd Fadli Hamzah

Kes langgar lari, suspek dipercayai memandu ketika marah

KUALA LUMPUR: Penolong pengurus, Wan Amirah Wan Alias, 31, yang cedera parah dirempuh dan diseret sebuah kereta di hadapan bangunan kedai Shaftsbury Square, Cyberjaya jam 7.34 petang semalam, disahkan meninggal dunia di Hospital Putrajaya pagi tadi.

Jurucakap polis berkata, mangsa dirempuh kereta model Hyundai nombor pendaftaran BHS 7999 sebelum pemandunya bertindak melarikan diri.

Video kejadian itu menjadi tular di media sosial dan mendapat kecaman netizen berikutan suspek memandu dalam keadaan berbahaya dan sengaja melanggar mangsa.

Kereta suspek turut merempuh sebuah kereta Proton, Toyota Avanza, Perodua Myvi dan Honda City di lokasi sama sebelum melarikan diri

Susulan itu pihak polis sedang berusaha mengesan pemilik dan pemandu kereta dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X