Sabtu, 20 Oktober 2018 | 11:50pm

Bayi diabai meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Bayi lelaki cukup sifat yang ditemui orang awam di flet di kawasan Jinjang di sini, awal pagi tadi, meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner S Shanmugamoorthy Chinniah, berkata doktor dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang ke lokasi terbabit mengesahkan perkara berkenaan.

“Bayi berkenaan ditemui dalam keadaan dibungkus dengan plastik manakala umur dan bangsanya belum dikenal pasti.

“Selepas disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, mayat dibawa ke HKL untuk bedah siasat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan membuang bayi dengan sulit,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Berita Harian X