Ahad, 21 Oktober 2018 | 10:13pm

Pemuda lemas di Lata Tembakah

JERTIH: Seorang lelaki ditemui lemas ketika mandi bersama rakannya di Hutan Lipur Lata Tembakah, di sini, petang ini.

Mayat mangsa, Muhamad Najmi Naiem, 20, dari Taman Pulai Indah, Kangkar Pulai Johor ditemui anggota bomba dan penyelamat serta penduduk kampung pada jam 5.10 petang.

Difahamkan, mangsa dikatakan pergi ke tempat air yang dalam untuk mandi sebelum tergelincir kira jam 4.45 petang.

Sejurus itu, rakan mangsa melaporkan kejadian itu kepada penyelia hutan bertugas yang kemudiannya menghubungi pasukan penyelamat untuk bantuan.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Besut Kapten (PA) Mohd Suhaimi [email protected] berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada jam 5.25 petang.

Katanya, mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Berita Harian X