Selasa, 23 Oktober 2018 | 8:34am
Hakim Mahkamah Sesyen Tawau, Awang Kerisnada Awang Mahmud melawat lokasi kemalangan, di Pusat Komersil BDC (1Arena) di Jalan Chong Thien Vun, Tawau, malam tadi. - Foto Abdul Rahemang Taiming

Hakim lawat lokasi kemalangan 4 maut

TAWAU: Hakim Mahkamah Sesyen, Awang Kerisnada Awang Mahmud yang mengendalikan kes wanita memandu dalam keadaan mabuk hingga menyebabkan kematian empat lelaki Julai lalu, meninjau lokasi kemalangan, malam tadi.

Beliau tiba di tempat kejadian di Pusat Komersil BDC (1Arena), Jalan Chong Thien Vun di sini, jam 8 malam tadi dengan diiringi jurubahasa serta kakitangan mahkamah dan berada di situ selama kira-kira 30 minit.

Turut hadir ialah Timbalan Pendakwa Raya, Wan Muhammad Fitri Wan Azizan; tertuduh, Olivia Chong Oi Yun, 34; peguam Abdul Ghani Zelika; dan pegawai penyiasat bahagian trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau.

Difahamkan, pihak pendakwaan sudah memanggil lima daripada 20 saksi yang dijangka akan memberi keterangan pada perbicaraan yang sedang berlangsung.

GAMBAR fail, seorang wanita (dua dari kiri) mengaku tidak bersalah ketika sekali lagi dihadapkan di Mahkamah Majistret, Tawau atas pertuduhan memandu dalam keadaan mabuk hingga menyebabkan kematian empat lelaki di Jalan Chong Thien Vun dekat sini, pada 8 Julai lalu. - Foto Abdul Rahemang Taiming

Mengikut kertas pertuduhan, Olivia yang bekerja sebagai eksekutif pengurusan di sebuah syarikat swasta di sini, didapati mempunyai banyak alkohol dalam badan sehingga tahap alkohol dalam darah melebihi had ditetapkan dan menyebabkan kematian kepada empat individu.

Mereka yang maut dalam kejadian pada 8 Julai lalu itu ialah Hiew Nyuk Wei, 30; Clawence Wong Vun Kit, 21; Dicson Lim Kien Shing, 16; dan Chong Wei Chan, 21, selain mengakibatkan, Chin Guan Xiong, 21, patah kaki.

Tertuduh yang juga bekas calon sebuah parti politik tempatan di negeri ini pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lima tahun lalu, dituduh mengikut Seksyen 44 (1) (b) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang sabit kesalahan membawa hukuman denda maksimum RM20,000 dan penjara sehingga 10 tahun.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X