Jumaat, 16 November 2018 | 6:53pm
SEORANG daripada lima individu yang direman SPRM pada Selasa, berhubung kes meminta suapan RM2 juta. - NSTP/Mohd Fadli Hamzah
SEORANG daripada lima individu yang direman SPRM pada Selasa, berhubung kes meminta suapan RM2 juta. - NSTP/Mohd Fadli Hamzah

5 individu menyamar pegawai SPRM bebas tahanan reman

PUTRAJAYA: Lima individu yang direman berhubung kes meminta suapan RM2 juta bagi menyelesaikan kes membabitkan seorang individu bergelar Datuk Seri dibebaskan daripada tahanan reman, semalam.

Perintah tamat reman itu dikeluarkan Majistret Low Wen Zhen di Mahkamah Majistret Putrajaya, hari ini.

Wen Zhen turut memerintahkan empat daripada mereka, masing-masing berusia 33 hingga 49 tahun, dibebaskan dengan jaminan sebanyak RM10,000 seorang dengan seorang penjamin.

Dalam pada itu, seorang lagi individu berusia 48 tahun yang ditahan reman berhubung siasatan kes sama turut dilepaskan daripada reman, semalam.

Majistret Tuan Ahmad Afiq Hassan memutuskan individu berkenaan dikenakan jaminan sebanyak RM12,000 dengan seorang penjamin.

Sebelum ini, empat lelaki yang menyamar sebagai pegawai SPRM direman enam hari bermula 10 November lalu dan seorang lagi lelaki ditahan reman selama empat hari bermula 13 November.

Sumber berkata, semua mereka dikatakan bersubahat untuk meminta wang suapan sebanyak RM2 juta daripada seorang lelaki bergelar Datuk Seri yang didakwa mempunyai kes membabitkan SPRM.

“Susulan penahanan itu, SPRM merampas tujuh telefon bimbit serta beberapa dokumen berkaitan daripada keempat-empat suspek berkenaan selain wang tunai berjumlah RM48,350 daripada seorang suspek.

“Kes mengenai suspek terbongkar susulan laporan yang dibuat mangsa. Kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009,” katanya.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X