Selasa, 22 Januari 2019 | 4:59pm

Terjun jambatan kedua PP

GEORGETOWN: Seorang lelaki sempat membuat FB Live sebelum terjun dari Jambatan Kedua Pulau Pinang di Kilometer 12.2 jambatan itu, di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 9.30 pagi, lelaki berusia 33 tahun itu yang berpakaian kemas berjaya diselamatkan nelayan.

Jurucakap bomba dan penyelamat berkata, mangsa sebelum itu dilihat bersama isterinya memberhentikan kereta di tepi jambatan terbabit.

“Dia kemudian berdiri di atas penghadang jambatan sebelum terjun namun berjaya diselamatkan nelayan.

“Mangsa dibawa ke Jeti Batu Musang sebelum diserahkan kepada polis marin,” katanya.

Menurutnya, mangsa dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan lanjut.

Anggota penyelamat membawa mangsa ke Pangkalan Pasukan Polis Marin Wilayah 1, Batu Uban, Georgetown, Pulau Pinang. - NSTP/Shahnaz Fazlie Shahrizal
Berita Harian X