Rabu, 6 Februari 2019 | 5:55pm
KEADAAN kenderaan yang terbabit dalam kemalangan di Jalan Tanah Merah-Pasir Mas, dekat Bukit Tuku, Pasir Mas, tengah hari tadi. - Foto ihsan pembaca

3 beradik maut kemalangan

KOTA BHARU: Tiga beradik maut apabila kenderaan dinaiki mereka bertembung dengan kenderaan lain dalam kemalangan di Jalan Tanah Merah-Pasir Mas, dekat Bukit Tuku, Pasir Mas, tengah hari tadi.

Kejadian jam 1 tengah hari itu menyebabkan tiga beradik perempuan berusia antara 10 hingga 23 tahun yang menaiki Perodua Myvi maut.

Mangsa, Fatin Arina Mohd Asri, 23, Haifa Amira, 22, dan Anis Suraya, 10, yang berasal dari Kampung Bukit Gading, Tanah Merah.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Abdullah Mohammad Piah, berkata dalam kejadian itu, pemandu Proton Wira, Mohd Helmi Mustafa, 21, parah.


KEADAAN kenderaan yang terbabit dalam kemalangan di Jalan Tanah Merah-Pasir Mas, dekat Bukit Tuku, Pasir Mas, tengah hari tadi. - Foto ihsan pembaca

Katanya, kemalangan berlaku apabila Proton Wira dari arah Pasir Mas ke Tanah Merah cuba memotong kenderaan di hadapannya, namun gagal lalu masuk ke lorong bertentangan.

Katanya, pada masa yang sama Perodua Myvi yang dinaiki tiga beradik berada di lorong bertentangan.

“Akibat pertembungan itu, dua mangsa maut di tempat kejadian dan seorang lagi meninggal dunia di Hospital Pasir Mas.

“Pemandu Proton Wira yang parah turut dihantar ke hospital yang sama untuk rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.


KEADAAN kenderaan yang terbabit dalam kemalangan di Jalan Tanah Merah-Pasir Mas, dekat Bukit Tuku, Pasir Mas, tengah hari tadi. - Foto ihsan pembaca

Berita Harian X