Khamis, 28 Februari 2019 | 1:34pm
Muhammad Adib Mohd Kassim.
Muhammad Adib Mohd Kassim.

Prosiding inkues Adib ditangguh

SHAH ALAM : Prosiding inkues kematian Muhammad Adib Mohd Kassim, 24, hari ini ditangguhkan selepas peguam Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Syazlin Mansor tidak hadir.

Perkara itu dimaklumkan peguam keluarga anggota bomba itu, Kamaruzaman Abd Wahab kepada Koroner, Rofiah Mohamad berikutan peguam itu mengalami masalah kesihatan.

Terdahulu, prosiding hari ini dijangka memanggil dua saksi termasuk seorang pakar forensik daripada Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN).

Rusuhan Kuil Sri Maha Mariamman tercetus pada 26 November lalu, menyebabkan Muhammad Adib parah, selain perusuh turut membakar 23 kenderaan dan merosakkan cermin bangunan Kompleks One City yang terletak satu kilometer dari kuil berkenaan.

Muhammad Adib yang bertugas sebagai anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya disahkan meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada 17 Disember lalu.

Prosiding bersambung esok.

Berita Harian X