Jumaat, 1 March 2019 | 10:29am
Mursyidul Am PAS, Datuk Hashim Jasin. - Arkib NSTP
Mursyidul Am PAS, Datuk Hashim Jasin. - Arkib NSTP

Hashim tiba di SPRM Perlis untuk beri keterangan

KANGAR: Mursyidul Am PAS, Datuk Hashim Jasin, tiba di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perlis jam 9.40 pagi tadi bagi memberi keterangan berhubung dakwaan penerimaan RM90 juta dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) oleh UMNO.

Hashim tiba di pekarangan Bangunan Persekutuan Kangar dengan menaiki kereta Proton Saga putih dengan ditemani isterinya selain tiga anggota Jabatan Amal PAS.

Beliau yang berbaju Melayu hijau masuk melalui pintu parkir belakang bangunan.

Selain Hashim, EXCO PAS, Nasir Daud turut dipanggil bagi memberi keterangan membantu siasatan SPRM di Kelantan.

Semalam, Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan dipanggil memberi keterangan kepada SPRM yang juga difahamkan berhubung dakwaan parti itu menerima RM90 juta dana 1MDB diberi UMNO.

Berita Harian X