Rabu, 6 March 2019 | 1:05pm
Kanak-kanak perempuan, Nur Aisyah Aleya Abdullah, 3, yang dipercayai hilang sejak bulan lalu. - Foto ihsan PDRM

Budak perempuan 3 tahun hilang sejak Ahad disyaki dibunuh

LANGKAWI: Mayat Nur Aisyah Aleya Abdullah, kanak-kanak berusia tiga tahun yang dilaporkan hilang dari rumah pengasuhnya di sini pada Ahad lalu, ditemui polis di Gunung Raya, dekat sini pagi tadi, dipercayai menjadi mangsa bunuh.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Mohd Iqbal Ibrahim, yang mengesahkan penemuan terbabit berkata, Nur Aisyah Aleya dilaporkan hilang ketika dalam jagaan pengasuhnya di Kuarters Hospital Langkawi pada hujung bulan lalu.

Mohd Iqbal dijangka mengadakan sidang media di lokasi kejadian dalam masa terdekat bagi mengulas lanjut penemuan menyedihkan itu.

BH sebelum ini melaporkan polis menerima maklumat daripada ibu kanak-kanak terbabit yang berusia 31 tahun, memaklumkan Nur Aisyah Aleya hilang.

Susulan itu, polis menahan sepasang suami isteri 40 dan 37 tahun tahun di Ampang, Selangor semalam, bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Berita Harian X