Isnin, 18 March 2019 | 12:28pm
SEORANG ketua penolong pengarah sebuah jabatan kerajaan dan tiga kontraktor direman empat hari bermula hari ini, bagi membantu siasatan berhubung tuntutan palsu berjumlah RM1.2 juta. - Foto Sharul Hafiz Zam

Ketua penolong pengarah, tiga kontraktor direman empat hari

ALOR SETAR: Seorang ketua penolong pengarah sebuah jabatan kerajaan dan tiga kontraktor direman empat hari bermula hari ini, bagi membantu siasatan berhubung tuntutan palsu berjumlah RM1.2 juta.

Perintah reman terbabit dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Alor Setar, Rashidah Azmi mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Permohonan reman dibuat Pegawai Penyiasat SPRM Kedah, Vitwat Eh Chan.

SEORANG ketua penolong pengarah sebuah jabatan kerajaan direman empat hari bermula hari ini, bagi membantu siasatan berhubung tuntutan palsu berjumlah RM1.2 juta. - Foto Sharul Hafiz Zam
SEORANG ketua penolong pengarah sebuah jabatan kerajaan direman empat hari bermula hari ini, bagi membantu siasatan berhubung tuntutan palsu berjumlah RM1.2 juta. - Foto Sharul Hafiz Zam

BH Online semalam melaporkan SPRM menahan mereka yang disyaki terbabit dalam tuntutan palsu berhubung pembekalan dan perkhidmatan untuk Kementerian Pelancongan berjumlah RM1.2 juta membabitkan program pelancongan di Pulau Langkawi, antara 2014 hingga 2016.

Sumber SPRM berkata, keempat-empat individu terbabit termasuk ketua penolong pengarah berkenaan yang juga seorang wanita ditahan antara jam 5 hingga 5.30 petang semalam di rumah masing-masing di sekitar Alor Setar.

“Ketua penolong pengarah sebuah jabatan kerajaan itu berusia 41 tahun, manakala tiga lelaki yang juga kontraktor itu pula berusia antara 34 hingga 43 tahun,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kedah, Datuk Shaharom Nizam Abd Manap mengesahkan tangkapan dan kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Berita Harian X