Rabu, 20 March 2019 | 6:27pm
Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed. - Foto Hasriyasyah Sabudin
Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed. - Foto Hasriyasyah Sabudin

Doktor ditemui mati di hotel

PORT DICKSON: Seorang doktor berusia 34 tahun ditemui mati dalam sebuah bilik hotel di Batu 1, Jalan Pantai di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed, berkata pihaknya menerima maklumat kejadian daripada pekerja hotel berkenaan kira-kira jam 2 petang.

“Sepasukan polis ke lokasi menemui lelaki itu tidak sedarkan diri di atas katil dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.

“Kita menemui jarum suntikan pada tangan kiri lelaki itu. Siasatan mendapati dia memasukkan cecair sodium klorida ke dalam tubuh menggunakan jarum suntikan itu,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Aidi Sham berkata, pemeriksaan di lokasi tidak menemui sebarang unsur jenayah.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Port Dickson (HPD) dan bedah siasat dijalankan hari ini,” katanya.

Beliau berkata, berdasarkan laporan diperoleh, punca kematian mangsa tidak dapat dikenal pasti dan setakat ini kes diklasifikasi sebagai mati mengejut.

Berita Harian X