Rabu, 3 April 2019 | 12:37pm
FOTO hiasan.

Malaysia menjual rokok haram tertinggi di dunia, kata kajian

KUALA LUMPUR: JT International Bhd (JTI) mencadangkan penangguhan eksais cukai ke atas harga rokok oleh kerajaan untuk tiga tahun akan datang, sebagai langkah utama untuk menangani penjualan rokok haram.

Pengarah Urusannya, Cormac O'Rourke, berkata penjualan rokok haram di Malaysia mencapai ketinggian baharu 58.9 peratus tahun lalu, demikian menurut Kajian Rokok Haram 2018.

Katanya, ia perlu ditangani dengan segera memandangkan Malaysia akan kehilangan sehingga RM5 bilion dalam pendapatan cukai yang tidak dikutip setahun. - BERNAMA

Berita Harian X