Khamis, 11 April 2019 | 12:40pm
Keadaan treler 10 tan membawa muatan beras yang terbabas ke dalam gaung di Jalan Tambunan - Kota Kinabalu berhampiran Pusat Informasi Raflesia, Tambunan. - Ihsan Bomba

Treler terbakar, pemandu selamat

TAMBUNAN: Seorang lelaki bernasib baik sempat diselamatkan orang awam sebelum treler dipandunya terbakar selepas terbabas ke dalam gaung di Jalan Tambunan - Kota Kinabalu berhampiran Pusat Informasi Raflesia, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 6.35 pagi itu, mangsa lelaki yang belum diketahui identiti hanya mengalami cedera ringan dan dihantar orang awam ke Hospital Tambunan sebelum ketibaan pasukan bomba.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daerah Tambunan, Desmond A/k [email protected], berkata sebaik menerima panggilan kecemasan jam 6.41 pagi, sebuah jentera bersama tujuh anggota dikerah ke lokasi kejadian.

Katanya, pemeriksaan mendapati mangsa lelaki dihantar ke Hospital Tambunan manakala sebuah treler 10 tan membawa muatan beras terbakar di gaung sedalam sepuluh meter.

“Lori itu ditemui dalam keadaan terbalik dan bahagian hadapannya terbakar sepenuhnya sebelum memulakan operasi pemadaman api.

“Difahamkan, lori itu dipandu dari arah Kota Kinabalu menghala Tambunan sebelum dilihat hilang kawalan lalu terbabas ke dalam gaung,” katanya dihubungi.

Desmon berkata, api berjaya dipadamkan pada jam 7.31 pagi dan melakukan pemeriksaan bagi memastikan tiada bahaya lain.

“Operasi ditamatkan sepenuhnya jam 7.47 pagi manakala punca kejadian sebenar dan anggaran kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

Berita Harian X