Isnin, 13 Mei 2019 | 5:17pm
SEORANG murid lelaki Tahun Satu terpaksa menahan sakit kira-kira 30 minit selepas lutut kirinya tersepit pada celah pokok di Sekolah Rendah Islam Hira’ di Kampung Batu Belah, hari ini. - Foto ihsan bomba
SEORANG murid lelaki Tahun Satu terpaksa menahan sakit kira-kira 30 minit selepas lutut kirinya tersepit pada celah pokok di Sekolah Rendah Islam Hira’ di Kampung Batu Belah, hari ini. - Foto ihsan bomba

Azab `sangkut' celah pokok

KLANG: Seorang murid lelaki Tahun Satu terpaksa menahan sakit kira-kira 30 minit selepas lutut kirinya tersepit pada celah pokok di Sekolah Rendah Islam Hira’ di Kampung Batu Belah, di sini hari ini.

Difahamkan, mangsa yang berusia tujuh tahun itu dipercayai memanjat pokok berkenaan sebelum tergelincir dan ‘tersangkut’ dalam kejadian jam 12.20 tengah hari tadi.

Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Klang, Samsol Maarif Saibani berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan daripada kakitangan sekolah itu pada jam 12.29 tengah hari.

“Setibanya di lokasi, pasukan dari Balai Bomba adn Penyelamat Sungai Pinang mendapati lutut kanak-kanak lelaki itu tersepit pada pokok selepas dia dikatakan bermain di situ.

“Anggota kami bagaimanapun berjaya menyelamatkan mangsa dengan menggunakan peralatan khas,” katanya.

Samsol berkata, operasi berkenaan ditamatkan pada jam 12.50 tengah hari manakala mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan diserahkan kepada pengurusan sekolah untuk tindakan lanjut.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X