X
Khamis, 16 Mei 2019 | 11:23am
Tertuduh, Muhammad Khairil Nawi, 24, dijatuhi hukuman penjara 41 bulan di Mahkamah Majistret Besut kerana menikam seorang imam menggunakan pisau. - Foto Imran Makhzan
Tertuduh, Muhammad Khairil Nawi, 24, dijatuhi hukuman penjara 41 bulan di Mahkamah Majistret Besut kerana menikam seorang imam menggunakan pisau. - Foto Imran Makhzan

Penganggur dipenjara 41 bulan tikam imam

JERTIH: Seorang penganggur yang menikam imam kerana marah dengan tindakan lelaki terbabit membaca al-Quran sehingga mengganggu tidurnya dikenakan hukuman penjara 41 bulan di Mahkamah Majistret Besut di sini hari ini.

Majistret Raja Norshuzianna Shakila Raja Mamat membuat keputusan itu selepas Muhammad Khairil Nawi, 24, mengaku salah terhadap tuduhan itu,

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Mohd Amin Md Nor, 37, dengan menggunakan pisau di dalam Masjid Kampung Apal, di sini, jam 6.30 pagi pada 12 Mei lalu.

Bagi kesalahan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan itu, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 10 tahun, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Muhammad Khairil dalam rayuannya mendakwa bertindak sedemikian kerana mendengar ‘bisikan’ selain menghadapi tekanan.

Pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa, Inspektor Norkhizan Ramli manakala tertuduh yang mempunyai rekod jenayah lampau diwakili peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Mohd Fakhrul Fikri Mokhtar.

Sebelum ini akhbar melaporkan, seorang penganggur menikam imam gara-gara bengang dengan tindakan lelaki terbabit yang didakwa mengganggu tidurnya dengan bacaan al-Quran.

Akibat perbuatan biadap suspek itu, mangsa yang cedera akibat tikaman itu menerima tujuh jahitan di dada kirinya.

Berita Harian X