Khamis, 16 Mei 2019 | 6:41pm
KETUA Polis Selangor Datuk Noor Azam Jamaludin (tengah) menunjukkan gambar suspek utama lelaki warganegara Nigeria, Aliwajuwon Gilbertalowonle yang ditahan di Cheras Sentral pada jam 3.30 petang tadi. - Foto BERNAMA

Suspek utama kes bunuh jururawat Hospital Serdang ditahan

KUALA LUMPUR: Suspek warga Nigeria, Aliwajuwom Gilbertalowonle, yang diburu bagi membantu kes bunuh jururawat Hospital Serdang, Siti Kharina Mohd Kamarudin, ditahan di Cheras Sentral pada jam 3.30 petang tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat, mengesahkan penahanan itu sebentar tadi.

Difahamkan, suspek, yang juga dikenali sebagai Juwon, 36, ditahan oleh Polis Kontinjen Selangor dan Polis Daerah Sepang di sebuah cafe di pusat beli-belah Cheras Sentral, Cheras.

Semasa ditahan, pihak polis merampas sebuah telefon bimbit dari suspek bersama kad sim yang digunakan untuk siasatan lanjut.

Berdasarkan maklumat sumber, suspek dikatakan mengenali mangsa sejak dua tahun lalu.

Sejurus ditahan, suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang, untuk siasatan lanjut. Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Berita Harian X