Isnin, 1 Julai 2019 | 1:56pm
DUA maut dan seorang cedera selepas dua kenderaan terbabit kemalangan di Kilometer KM29, Jalan Johor Bahru-Pontian mengakibat dua beradik M Vinod Prasath, 25, M Prabu, 20, yang menaiki motosikal Yamaha Y15 maut di tempat kejadian akibat cedera parah di badan dan kaki. NSTP/Ihsan PDRM

Dua beradik maut motosikal bertembung kereta

ISKANDAR PUTERI: Dua beradik maut selepas motosikal dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kereta di Kilometer 29 Jalan Johor Bahru-Pontian di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar, berkata dalam kejadian jam 7 pagi itu, M Vinod Prasath, 25, dan M Prabu, 20, meninggal dunia di tempat kejadian.

“Siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku ketika kedua-dua mangsa yang juga penunggang dan pembonceng motosikal dalam perjalanan dari arah Kangkar Pulai menghala ke Ulu Choh.

“Penunggang motosikal itu dipercayai cuba memotong sebuah kenderaan lain tetapi gagal lalu menyebabkannya bertembung dengan kereta yang datang dari arah bertentangan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, penunggang dan pembonceng motosikal itu tercampak di tengah jalan dan mengalami kecederaan parah di bahagian badan dan kaki.

Katanya, pemandu kereta turut mengalami kecederaan pada bahagian muka, dada dan tangan dan dihantar ke hospital untuk rawatan.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X