Isnin, 1 Julai 2019 | 10:56pm
Wanita warga emas dikhuatiri lemas selepas terjatuh dari Feri Pulau Pinang, kira-kira jam 6.30 petang tadi. - Arkib NSTP
Wanita warga emas dikhuatiri lemas selepas terjatuh dari Feri Pulau Pinang, kira-kira jam 6.30 petang tadi. - Arkib NSTP

Penumpang feri terjatuh dalam laut

BUTTERWORTH: Seorang wanita warga emas dikhuatiri lemas selepas terjatuh dari sebuah feri ketika dalam perjalanan menghala ke arah Pulau Pinang, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira 6.30 petang itu, mangsa, Lye Ah Yin, 73, dikatakan terjatuh selepas feri bergerak kira-kira 10 minit dari Pangkalan Sultan Abdul Halim, Butterworth.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor, berkata kejadian itu disaksikan seorang penumpang feri lain, yang berselisih dengan feri yang dinaiki mangsa.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor. - NSTP/Shahnaz Fazlie Shahrizal
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor. - NSTP/Shahnaz Fazlie Shahrizal

“Pemeriksaan oleh petugas feri di bahagian bawah dek kemudiannya menemui sebuah kereta yang ditinggalkan tanpa pemandu.

“Maklumat lanjut kemudian mendapati kereta jenis Honda itu dimiliki Ah Yin yang berasal dari Butterworth.

“Kenderaan itu seterusnya diparkir di bawah pengkalan feri sementara untuk siasatan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa digerakkan oleh polis, Maritim Malaysia, serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), dan akan bersambung jam 8 pagi esok.

Berita Harian X