Selasa, 9 Julai 2019 | 10:58am
Kereta Honda City yang membawa bungkusan ketum remuk selepas terlanggar pokok di Jalan Bukit Wang ketika dikejar anggota MPV kerana pemandunya enggan berhenti. Anggota polis memeriksa kereta Honda City yang membawa 36 bungkusan daun ketum yang melanggar pokok di Jalan Bukit Wang. - Foto ihsan PDRM

Polis rampas 572 kilogram ketum

JITRA: Seorang lelaki cedera selepas keretanya yang turut membawa daun ketum, terbabas ketika melarikan diri daripada polis di Jalan Bukit Wang, dekat sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 3 pagi, lelaki berusia 35 tahun berasal dari Kangar, Perlis, itu bertindak memecut kereta Honda City dipandunya bagi mengelak daripada ditahan anggota Unit Kereta Peronda (MPV) Zon 1 dan 2 (Jitra Utara dan Selatan).

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd Ismail Ibrahim, berkata dalam kejadian itu, anggota MPV berkenaan meminta bantuan MPV Zon 4 (Changlun/Bukit Kayu Hitam) bagi membantu mengejar kereta suspek.

“Ketika dikejar, kereta suspek terbabas di bahu Jalan Bukit Wang dan melanggar sebatang pokok menyebabkan lelaki itu cedera ringan.

“Pemeriksaan menemui 20 bungkusan plastik hitam mengandungi daun hijau disyaki ketum seberat 243 kilogram (kg) di bahagian tempat duduk belakang kenderaan itu.

Bungkusan daun ketum yang ditemui dalam kereta Honda City yang terlanggar pokok di Jalan Bukit Wang ketika dikejar anggota MPV kerana pemandunya enggan berhenti. - Foto ihsan PDRM
Bungkusan daun ketum yang ditemui dalam kereta Honda City yang terlanggar pokok di Jalan Bukit Wang ketika dikejar anggota MPV kerana pemandunya enggan berhenti. - Foto ihsan PDRM

“Pemeriksaan lanjut menemui 16 lagi bungkusan plastik hitam mengandungi daun sama seberat 207 kg di bahagian but kereta, menjadikan keseluruhan daun ketum dirampas seberat 450 kg,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam kes berasingan, Mohd Ismail berkata, polis turut menahan seorang lelaki berusia 26 tahun atas kesalahan sama di tepi Jalan Bukit Wang, pada jam 2.30 pagi, semalam.

Beliau berkata, suspek ditahan selepas didapati memandu dalam keadaan mencurigakan dan hasil pemeriksaan menemukan sembilan bungkusan plastik hitam mengandungi daun hijau disyaki ketum seberat 122 kg dalam kenderaan itu.

“Suspek yang juga penganggur dan berasal dari Jalan Raja Syed Alwi Kangar, Perlis, ditahan untuk siasatan lanjut.

“Semakan rekod mendapati suspek mempunyai tiga rekod termasuk Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 dan Seksyen 148 Kanun Keseksaan,” katanya.

Beliau berkata, kedua-dua kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun dan siasatan masih diteruskan.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X