Selasa, 16 Julai 2019 | 5:53pm
Allahyarham Muhammad Adib.

Bapa Adib fail permohonan sebelah pihak dapatkan perintah komital terhadap Peguam Negara

SHAH ALAM: Bapa Muhammad Adib, anggota bomba yang maut dalam rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya, tahun lalu, Mohd Kassim Abdul Hamid, memfailkan permohonan sebelah pihak bagi mendapatkan perintah komital kepada Peguam Negara, Tommy Thomas kerana menghina mahkamah berkaitan proses inkuiri kematian anaknya, pagi tadi.

Perkara itu dimaklumkan peguam mewakili keluarga, Kamaruzaman A Wahab kepada Koroner Rofiah Mohamad ketika prosiding inkues kematian Muhammad Adib yang memasuki hari ke-40.

Alasan permohonan itu difailkan berdasarkan kenyataan Tommy bahawa kematian Muhammad Adib bukan disebabkan dipukul sebaliknya dilanggar.

Berikutan itu, Tommy didakwa menghina mahkamah kerana Mahkamah Koroner masih belum membuat keputusan dan adanya elemen mendahului pihak mahkamah.

Salinan notis penyerahan sudah diberikan kepada wakil Tommy, Faten Hadni Khairuddin, tengah hari tadi.

Berita Harian X