Isnin, 22 Julai 2019 | 9:05pm
Anggota bomba berusaha mengeluarkan mangsa, Reven Baseng yang maut selepas kereta yang dipandunya merempuh pokok, di Jalan Bandar Baru Semariang, Petra Jaya, Kuching. - Ihsan PDRM
Anggota bomba berusaha mengeluarkan mangsa, Reven Baseng yang maut selepas kereta yang dipandunya merempuh pokok, di Jalan Bandar Baru Semariang, Petra Jaya, Kuching. - Ihsan PDRM

Lelaki maut kereta langgar pokok

PETRA JAYA: Seorang lelaki maut apabila kereta dipandunya merempuh pokok di Jalan Bandar Baru Semariang, di sini, awal pagi tadi.

Reven Baseng, 25, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan Perkhidmatan Penyelamatan dan Perawatan Kecemasan (EMRS) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, mangsa yang memandu kereta Perodua Bezza didapati tersepit di tempat duduk dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum disahkan maut.

“Operasi mengeluarkan mangsa dari kenderaan terbabit menggunakan peralatan khas mengambil masa 20 minit.

“Kes kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, terdahulu pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 4.59 pagi.

“Susulan itu, seramai 10 anggota dari BBP Petra Jaya dengan diketuai Noordin Talap dikejarkan ke lokasi kejadian. Operasi tamat sepenuhnya pada jam 5.30 pagi,” katanya.

Berita Harian X