Khamis, 25 Julai 2019 | 7:44am
Gambar fail, lima penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang dan seorang bekas anggota Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen semalam atas 63 pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM73,600 daripada seorang pengarah syarikat pengangkutan bagi melindungi pemandu lori yang melakukan kesalahan jalan raya di negeri ini. - Foto BERNAMA

Enam lagi penguat kuasa JPJ ke mahkamah hari ini

BUTTERWORTH: Pendakwaan kes rasuah membabitkan penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang diteruskan hari ini dengan enam lagi penguat kuasa jabatan itu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini.

Semua mereka didakwa menerima rasuah daripada seorang pengarah syarikat pengangkutan bagi melindungi pemandu lori yang melakukan kesalahan jalan raya, khususnya yang membawa muatan lebih di negeri ini.

Mereka juga sebahagian daripada 18 penguat kuasa JPJ Pulau Pinang yang didakwa secara berperingkat bermula semalam.

Semalam, lima penguat kuasa JPJ Gred 19 hingga 29 dan seorang bekas anggota Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini atas 63 pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM73,600 daripada seorang pengarah syarikat pengangkutan bagi melindungi pemandu lori yang melakukan kesalahan jalan raya di negeri ini.

Pada 28 Mei lalu, lapan penguat kuasa JPJ dan seorang bekas anggota SPAD dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini atas pertuduhan sama.

Pendakwaan itu susulan penahanan lebih 70 pegawai dan anggota JPJ Pulau Pinang pada Januari lalu selepas disyaki terbabit dengan kegiatan rasuah melindungi pemandu lori yang melakukan kesalahan jalan raya di negeri ini. – BERNAMA

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X