Isnin, 29 Julai 2019 | 1:44pm

Polis buru suspek pukul dua beradik

KUALA LUMPUR: Polis sedang memburu sekumpulan individu yang dipercayai memukul dua beradik di hadapan sebuah restoran mamak di Kepong Baru, dekat Sentul, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul, Superintendan Heisham Harun, berkata dalam kejadian jam 1 pagi itu, suspek dikatakan memukul mangsa menggunakan kerusi dan besi pengunci motosikal.

Katanya, mangsa cedera di muka, kepala dan badan.

“Pengadu dan adiknya sudah mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Selayang.

“Usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul di talian 03-4048 2222 atau tampil di mana-mana balai polis berhampiran.

Video dua beradik diserang sekumpulan lelaki di Kepong Baru di Sentul.
Berita Harian X