Isnin, 5 Ogos 2019 | 12:58pm

Polis tambah kekuatan anggota cari remaja Ireland hilang

SEREMBAN: Polis menambah kekuatan anggota dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang remaja perempuan warga Ireland yang hilang sejak pagi semalam di sebuah resort di Pantai, dekat sini.

Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Senior Asisten Komisioner Che Zakaria Othman, berkata keluasan kawasan pencarian Nora Anne Quoirin, 15, juga ditambah membabitkan kawasan hutan dan penempatan penduduk.

“Hari ini kami menambah kekuatan untuk operasi SAR iaitu 159 anggota polis, bomba, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Jabatan Perhutanan negeri dan penduduk tempatan.

“Kami turut mendapatkan bantuan satu platun pasukan dari Batalion 4, Pasukan Gerakan Am (PGA) Cheras,” katanya pada sidang media di Balai Polis Pantai, di sini, hari ini.

Mengulas mengenai keluasan kawasan pencarian, beliau berkata, semalam pihaknya sudah melakukan operasi di kawasan seluas 4.9 hektar dan akan diperluaskan lagi.

“Pasukan dari PGA, JPNS dan orang asli akan memberi tumpuan di kawasan hutan, manakala selebihnya melakukan operasi di kawasan penempatan penduduk dan sekitar Pantai,” katanya.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat atau menemui remaja berkenaan di mana-mana lokasi atau premis supaya menyalurkan maklumat kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

BH malam tadi melaporkan seorang remaja warga Ireland yang mengalami masalah pembelajaran hilang dari tempat penginapan keluarganya di sebuah resort di Pantai, di sini.

Keluarganya hanya menyedari kehilangan mangsa jam 8 pagi semalam.

SEORANG remaja perempuan warga Ireland, Nora Anne Quoirin yang mengalami masalah lembam dilaporkan hilang dari tempat penginapan keluarganya di sebuah pusat peranginan di Kampung Pantai, Negeri Sembilan. - Foto ihsan pembaca
TIMBALAN Ketua Polis Negeri Sembilan Senior Asisten Komisioner Che Zakaria Othman (tengah) menunjukkan gambar seorang remaja perempuan warga Ireland, Nora Anne Quoirin, 15 yang mengalami masalah lembam dilaporkan hilang dari tempat penginapan keluarganya di sebuah resort di Kampung Pantai, Negeri Sembilan. - Foto Adzlan Sidek
LOKASI tempat penginapan seorang remaja perempuan warga Ireland, Nora Anne Quoirin, 15 yang dilaporkan hilang di sebuah resort di Kampung Pantai, Negeri Sembilan. - Foto Adzlan Sidek
LOKASI tempat penginapan seorang remaja perempuan warga Ireland, Nora Anne Quoirin, 15 yang dilaporkan hilang di sebuah resort di Kampung Pantai, Negeri Sembilan. - Foto Adzlan Sidek
LOKASI tempat penginapan seorang remaja perempuan warga Ireland, Nora Anne Quoirin, 15 yang dilaporkan hilang di sebuah resort di Kampung Pantai, Negeri Sembilan. - Foto Adzlan Sidek
ANGGOTA bomba menjalankan misi pencarian seorang remaja perempuan warga Ireland, Nora Anne Quoirin, 15 yang mengalami masalah lembam dilaporkan hilang dari tempat penginapan keluarganya di sebuah resort di Kampung Pantai, Negeri Sembilan. - Foto Adzlan Sidek
ANJING pengesan turut digunakan bagi menjalankan misi pencarian seorang remaja perempuan warga Ireland, Nora Anne Quoirin, 15 yang mengalami masalah lembam dilaporkan hilang dari tempat penginapan keluarganya di sebuah resort di Kampung Pantai, Negeri Sembilan. - Foto Adzlan Sidek
Berita Harian X