Ahad, 11 Ogos 2019 | 7:43pm

Lapor segera kemalangan kepada polis - PLUS

KUALA LUMPUR: Plus Malaysia Berhad (PLUS) melahirkan rasa sedih dan kesal ke atas kemalangan di Kilometer (km) 293.5, berhampiran persimpangan Southville City, sehingga menyebabkan kehilangan nyawa seorang pengguna lebuh raya semalam.

PLUS dalam kenyataan hari ini berkata, mereka tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang berkelakuan agresif dan membahayakan pengguna lebuh raya.

“Justeru pihak pengurusan bersedia memberi kerjasama kepada pihak berkuasa untuk menjalankan dan memudahkan siasatan.

“PLUS menasihatkan pengguna lebuh raya yang terbabit kemalangan segera menghubungi polis atau melaporkannya di balai polis berdekatan,” katanya.

Dalam kejadian jam 1.40 tengah hari semalam, seorang lelaki berusia 29 tahun maut akibat perselisihan faham

Pada mulanya mangsa dan suspek sudah ditenteramkan oleh orang ramai sebelum kedua-dua mereka masuk ke kereta masing-masing.

Bagaimanapun mangsa yang dikatakan masih tidak berpuas hati mengeluarkan kayu besbol dan memukul hadapan kereta suspek.

Suspek yang berada dalam kereta ketika itu terus memandu dalam keadaan tergesa-gesa hingga terlanggar suspek sebelum dia tersepit antara kereta dan penghadang jalan.

Berita Harian X