Khamis, 15 Ogos 2019 | 8:48pm

Banjir kilat di sekitar Subang Jaya surut

SUBANG JAYA: Beberapa laluan utama di sekitar kawasan Persiaran Kewajipan, Persiaran Mulia USJ 8 dan Persiaran Tujuan USJ 11, dilaporkan sudah pulih selepas dinaiki banjir kilat sejak jam 4 petang tadi.

Banjir bermula selepas hujan sangat lebat bermula jam 3.40 petang sehingga menyebabkan longkang melimpah.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Risikin Satiman, berkata banjir kilat menyebabkan beberapa buah kenderaan dihanyutkan arus deras.

“Susulan itu, Skuad Trafik, Polis Daerah Subang Jaya dengan turut dibantu anggota Unit Kereta Peronda (MPV), Polis Daerah Subang Jaya, mengawal lalu-lintas di kawasan itu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Banjir bermula selepas hujan sangat lebat bermula jam 3.40 petang sehingga menyebabkan longkang melimpah. - Ihsan PDRM
Banjir bermula selepas hujan sangat lebat bermula jam 3.40 petang sehingga menyebabkan longkang melimpah. - Ihsan PDRM

Tiada sebarang kemalangan dan kecederaan dilaporkan berlaku sepanjang kejadian banjir dan hujan lebat. - Ihsan PDRM
Tiada sebarang kemalangan dan kecederaan dilaporkan berlaku sepanjang kejadian banjir dan hujan lebat. - Ihsan PDRM

Keadaan banjir kilat yang surut di Jalan Persiaran Kewajipan berikutan hujan lebat yang melanda pada petang tadi. - NSTP/Hafiz Sohaimi
Keadaan banjir kilat yang surut di Jalan Persiaran Kewajipan berikutan hujan lebat yang melanda pada petang tadi. - NSTP/Hafiz Sohaimi

Beliau berkata, semua laluan kembali pulih dalam tempoh sejam dan pergerakan kenderaan kembali lancar selepas hujan lebat berhenti.

“Hasil pemantauan kita mendapati tiada sebarang kemalangan dan kecederaan dilaporkan berlaku sepanjang kejadian banjir dan hujan lebat berkenaan,” katanya.

Risikin berkata, pada masa ini hanya terdapat beberapa buah kenderaan yang rosak dan masih tersadai di sisi jalan apabila pemilik sedang berusaha mendapatkan mekanik.

Banjir kilat menyebabkan beberapa buah kenderaan dihanyutkan arus deras. - Ihsan PDRM
Banjir kilat menyebabkan beberapa buah kenderaan dihanyutkan arus deras. - Ihsan PDRM
Banjir kilat di Jalan Persiaran Kewajipan berikutan hujan lebat yang melanda petang tadi. - Ihsan PDRM
Banjir kilat di Jalan Persiaran Kewajipan berikutan hujan lebat yang melanda petang tadi. - Ihsan PDRM
Berita Harian X