Isnin, 19 Ogos 2019 | 8:13am
Stor penyimpanan paip polimer di kilang milik syarikat Weida Intergrated Industries Sdn Bhd di Jalan Bako, Kuching musnah dalam kebakaran malam tadi. - Foto ihsan Jabatan Bomba dan Penyelamat

Stor penyimpanan paip polimer musnah terbakar

KUCHING: Anggota bomba terpaksa bertungkus lumus lebih enam jam memadam kebakaran stor penyimpanan paip polimer di kilang milik syarikat Weida Intergrated Industries Sdn Bhd, di Jalan Bako, di sini, malam tadi.

Kejadian itu disedari pada jam 9.40 malam sebelum panggilan kecemasan dibuat bagi meminta bantuan mengawal kebakaran itu.

Sebaik menerima panggilan, sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tabuan Jaya dikerah ke lokasi dengan dibantu 11 anggota dari BBP Padungan, 10 anggota dari BBP Perra Jaya dan tiga anggota dengan satu lori tangki dari BBP Kota Samarahan.

Penolong Pengarah Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Tiong Ling Hii, berkata setibanya di lokasi didapati api marak di dalam dua stor penyimpanan paip polimer.

Beliau berkata, turut terbakar sepenuhnya, sebuah jentera forklift dan api turut merebak ke bahagian utama kilang berkenaan.

“Pada jam 1.46 pagi, api merebak ke dalam kilang menyebabkan sebuah mesin terbakar sepenuhnya dan pada jam 2.42 pagi kebakaran berjaya di kawal sebelum operasi tamat sepenuhnya pada jam 4.19 pagi tadi.

“Kejadian itu menyebabkan kira-kira 80 peratus stok paip polimer di kilang berkenaan musnah,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan untuk mengenalpasti punca kejadian selain jumlah kerugian yang dialami dalam kejadian itu.

Berita Harian X