Khamis, 12 September 2019 | 6:21pm
ANGGOTA Angkatan Pertahanann Awam Malaysia (APM) Tumpat mengambil masa lebih satu jam menangkap seekor beruk jantan liar di Kampung Geting. NSTP/Ihsan APM Tumpat

APM tangkap beruk liar di Kampung Geting

TUMPAT: Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Tumpat mengambil masa lebih satu jam menangkap seekor beruk liar di Kampung Geting, di sini, pagi tadi.

Beruk jantan itu dikatakan sudah beberapa hari berkeliaran di kampung berkenaan menyebabkan penduduk bimbang akan keselamatan mereka sebelum menghubungi pihak APM untuk menangkap haiwan berkenaan.

Ketua Operasi, Lans Koperal Che Seman Awang, berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 8.55 pagi sebelum mengerahkan tujuh anggota ke lokasi.

ANGGOTA Angkatan Pertahanann Awam Malaysia (APM) Tumpat mengambil masa lebih satu jam menangkap seekor beruk jantan liar di Kampung Geting. NSTP/Ihsan APM Tumpat

“Ketika tiba di lokasi, penduduk memberitahu haiwan itu berada dalam sebuah bot lama dan kami mula mencarinya.

“Operasi menangkap mengambil masa agak lama iaitu lebih satu jam berikutan haiwan berkenaan agak agresif.

“Ada ketikanya ia (beruk) bertindak ingin menyerang namun dengan kemahiran anggota kami, ia berjalan lancar,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Che Seman berkata, dengan ketangkasan anggota, beruk terbabit berjaya ditangkap menggunakan penjerut.

“Haiwan itu diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) untuk tindakan lanjut,” katanya.

Berita Harian X