Ahad, 15 September 2019 | 2:14pm
Seorang lelaki berjaya diselamatkan yang cuba membunuh diri di pencawang elektrik Tenaga Nasional Bhd (TNB) di Sungai Pelek, Sepang. - NSTP/Ihsan BOMBA

Bomba selamatkan lelaki cuba terjun dari menara pencawang TNB

SEPANG: Tindakan pantas anggota bomba berjaya menyelamatkan seorang lelaki yang cuba membunuh diri di pencawang elektrik Tenaga Nasional Bhd (TNB), di sini malam semalam.

Kejadian berlaku kira-kira jam 10.30 malam apabila lelaki berkenaan cuba cuba terjun dari menara setinggi 59 meter itu yang terletak berhampiran Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Tamil Kampung Ladang Fermanagh, Sungai Pelek, di sini.

Bagaimanapun, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sepang, Azrul Faizal Maariff, berkata lelaki berusia 38 tahun itu akhirnya berjaya diselamatkan selepas dipujuk oleh anggota bomba.

“Mangsa turun sendiri dari menara pencawang itu selepas dipujuk oleh anggota bomba bertugas sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Katanya, hasil siasatan awal mendapati lelaki berkenaan tidak siuman, namun siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.

Berita Harian X