Jumaat, 27 September 2019 | 9:35am
MEDIA mula menunggu di luar mahkamah bagi keputusan prosiding inkues kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim di Mahkamah Tinggi Shah Alam. - Foto Roslin Mat Tahir
MEDIA mula menunggu di luar mahkamah bagi keputusan prosiding inkues kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim di Mahkamah Tinggi Shah Alam. - Foto Roslin Mat Tahir

Mahkamah jadi tumpuan ramai ikuti keputusan inkues kematian Muhammad Adib

SHAH ALAM: Suasana di pekarangan Kompleks Mahkamah Shah Alam, di sini, hari ini, dibanjiri kira-kira 30 wakil media daripada pelbagai agensi bagi membuat liputan keputusan inkues kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim, 24.

Selain anggota polis, bomba dan barisan peguam, ahli keluarga Muhammad Adib termasuk abangnya, Mohd Asraf, 31, serta tunang Allahyarham, Nurul Najihah Mohd Radzi, 26, turut hadir.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib, serta anggota bomba yang juga saksi keenam inkues, Mohd Hazim Mohd Rahimi, turut kelihatan bagi mengikuti keputusan inkues di hadapan Koroner Rofiah Mohamad.

Muhammad Adib menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN) pada 17 Disember tahun lalu selepas 21 hari bertarung nyawa susulan kejadian rusuhan di hadapan kuil Sri Maha Mariammam, USJ 25, Subang Jaya.

Sepanjang prosiding inkues bermula Februari lalu, seramai 30 saksi termasuk beberapa saksi pakar dan bapa Allahyarham, Mohd Kassim Abdul Hamid, dipanggil memberi keterangan dengan 137 bahan bukti dikemukakan.

Berita Harian X