Ahad, 29 September 2019 | 6:43pm
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor pada sidang media sempena Majlis Penutup Kejohanan Olahraga dan Tarik Tali Piala Ketua Polis Negara 2019 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi. - Foto Iqmal Haqim Rosman

Polis enggan ulas kedudukan Jho Low

SEREMBAN: Polis enggan mengulas mengenai dakwaan laporan media antarabangsa yang menyatakan bahawa ahli perniagaan paling dikehendaki, Low Taek Jho atau Jho Low berada di Los Angeles, Amerika Syarikat.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor, ketika ditanya mengenai laporan portal antarabangsa itu, enggan mengesahkannya.

“Tanyalah dialah (portal antarabangsa yang melaporkan berita itu), saya tak tahu,” katanya ringkas kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penutup Kejohanan Olahraga dan Tarik Tali, Ketua Polis Negara 2019, di sini, hari ini.

Terdahulu, sebuah portal akhbar melaporkan Jho Low berkemungkinan bersembunyi di Los Angeles dan turut dilihat hadir pada majlis makan malam tertutup di rumah penerbit filem di Hollywood Hills.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, berkata pihaknya berharap dapat membawa pulang Jho Low ke negara selewat-lewatnya hujung tahun ini.

Beliau berkata, pihaknya yakin ahli perniagaan itu mendapat perlindungan daripada pihak tertentu dan bebas bergerak selain boleh menjalankan perniagaan tanpa sebarang sekatan.

Berita Harian X