Isnin, 7 Oktober 2019 | 3:50pm
Baru-baru ini, tular rakaman video berhubung kejadian itu menunjukkan mangsa dipukul seorang lelaki yang dikatakan tidak berpuas hati dengan tindakan doktor terbabit keluar bersama isterinya.
Baru-baru ini, tular rakaman video berhubung kejadian itu menunjukkan mangsa dipukul seorang lelaki yang dikatakan tidak berpuas hati dengan tindakan doktor terbabit keluar bersama isterinya.

Pukul doktor: 2 lelaki ditahan bantu siasatan

KUALA LUMPUR: Polis menahan dua lelaki, petang semalam, bagi membantu siasatan kes seorang doktor perubatan dipukul di dalam sebuah klinik di Bandar Baru Bangi, dekat sini.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof, berkata kedua-duanya ditahan ketika tampil memberi keterangan di Balai Polis Kajang.

“Permohonan reman ke atas kedua-dua suspek berusia 32 dan 37 tahun itu dibuat di Mahkamah Kajang, hari ini.

“Pihak mahkamah membenarkan reman sehari, iaitu hari ini sahaja ke atas suspek pertama berusia 32 tahun.

“Bagaimanapun, permohonan reman ke atas suspek kedua ditolak dan dia kemudian dibebaskan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Difahamkan, lelaki dibebaskan itu ada pertalian dengan suspek yang direman dan bertanggungjawab merakam kejadian terbabit.

Jumaat lalu, polis menerima aduan daripada seorang doktor lelaki berusia 32 tahun mendakwa dibelasah menggunakan tangan dan kaki, pada muka serta badan di kliniknya.

Baru-baru ini, tular rakaman video berhubung kejadian itu menunjukkan mangsa dipukul seorang lelaki yang dikatakan tidak berpuas hati dengan tindakan doktor terbabit keluar bersama isterinya.

Polis juga sudah mengambil keterangan doktor berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 323 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X