Khamis, 10 Oktober 2019 | 10:24am
Lori milik Enviroment Idaman yang terbabit dalam kemalangan dengan sebuah van di Kampung Padang Putih, Jalan Pantai Tengah, Langkawi. - Foto ihsan Bomba

Maut dirempuh ketika bekerja

LANGKAWI: Seorang pekerja Enviroment Idaman (E-Idaman) maut ketika bekerja selepas dirempuh sebuah van di Kampung Padang Putih, Jalan Pantai Tengah, di sini, pagi tadi.

Mangsa, Mohamad Abdullah, 16, yang ketika kejadian berada di belakang lori kerjanya, maut di tempat kejadian selepas tersepit di antara kenderaan itu dengan van.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain, berkata pihaknya menerima panggilan jam 6.31 pagi mengenai kemalangan itu.

“Setibanya di lokasi, didapati kemalangan membabitkan dua buah kenderaan, iaitu sebuah van dan lori E-Idaman.


Lori milik Enviroment Idaman yang terbabit dalam kemalangan dengan sebuah van di Kampung Padang Putih, Jalan Pantai Tengah, Langkawi. - Foto ihsan Bomba

“Kemalangan itu menyebabkan seorang dari mangsa tersepit di belakang lori dan anggota menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohamadul Ehsan berkata, pemandu van M Saravanan, 46, juga terbabit dalam kemalangan berkenaan dan cedera.

“Mangsa cedera dihantar ke Hospital Langkawi untuk menerima rawatan.

“Jenazah mangsa yang maut diserahkan kepada polis untuk dihantar ke hospital bagi tindakan lanjut,” katanya.

Berita Harian X