Jumaat, 25 Oktober 2019 | 10:40pm
Pengarah KDNKA Bukit Aman, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani. - NSTP/Abdullah Yusof
Pengarah KDNKA Bukit Aman, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani. - NSTP/Abdullah Yusof

Polis tumpaskan sindiket rokok seludup

KUALA LUMPUR: Polis menumpaskan sindiket pengedaran rokok seludup dengan rampasan sebanyak 21,650 karton rokok putih pelbagai jenama, bernilai hampir RM4 juta selepas penahanan tiga lelaki di sekitar Sungai Buloh, semalam.

Menerusi Op Asap, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman menahan dua warga tempatan dan seorang warga Indonesia berusia antara 21 hingga 45 tahun yang menjalankan kegiatan itu di Lembah Klang.

Pengarah KDNKA Bukit Aman, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, berkata anggaran nilai rampasan rokok selepas cukai ditaksirkan berjumlah RM3,637,200, manakala empat lori bernilai RM170,000 turut disita bagi membantu siasatan.

“Semua suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh untuk tindakan susulan.

“Ketiga-tiga lelaki itu kemudian direman selama empat hari berakhir Isnin depan mengikut Seksyen 135 (1) (e) Akta Kastam 1967,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Berita Harian X