Rabu, 30 Oktober 2019 | 1:53pm
NOOR Azam Jamaludin pada Majlis Pelupusan Barang Kes Dadah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Selangor di Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan. - Foto NSTP/Iqmal Haqim Rosman
NOOR Azam Jamaludin pada Majlis Pelupusan Barang Kes Dadah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Selangor di Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan. - Foto NSTP/Iqmal Haqim Rosman

Keluarga arwah Syakiran akan dibantu

SEREMBAN: Polis Selangor akan menghulurkan bantuan kebajikan kepada keluarga arwah Lans Koperal Syakiran Shamsuddin, yang maut dalam kemalangan jalan raya bersama isterinya di Jalan Syed Putra, Kuala Lumpur, semalam.

Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin, berkata bantuan itu akan disalurkan dalam masa terdekat menerusi tabung Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan tuntutan insurans yang didaftar arwah.

“Bantuan kewangan akan diberi dalam masa terdekat. Kita sedang memproses dokumen keahlian koperasi yang disertai arwah.

“Selain itu, bantuan juga akan disalurkan menggunakan tabung PDRM untuk kebajikan anak mangsa,” katanya selepas merasmikan Majlis Pelupusan Barang Kes Dadah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Selangor, di Bandar Sri Sendayan, di sini, hari ini.

Syakiran yang bertugas di Balai Polis Seksyen 6, dan isterinya Nurul Ashikin Kamaruddin, 27, maut selepas motosikal ditunggang mereka merempuh belakang lori dalam kejadian 7.59 pagi, semalam.

Ketika kejadian, pasangan itu dalam perjalanan dari arah Petaling Jaya menuju ke pusat bandar raya.

Proses bedah siasat kira-kira jam 1 tengah hari semalam turut mendedahkan Nurul Ashikin mengandung anak kembar dengan usia kandungan memasuki dua bulan.

Kandungan itu adalah anak kedua pasangan berkenaan yang sebelum ini dikurniakan anak lelaki, MuhammadArfan Ziqri berusia setahun 10 bulan.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X