Selasa, 12 November 2019 | 11:57pm

Keldai dadah ditahan di KLIA2

SEPANG: Cubaan seorang lelaki menyeludup dadah disyaki syabu gagal selepas ditahan di Lpaangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2), di sini pagi pagi.

Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner Zulkifli Adamsah, berkata suspek berusia 41 tahun itu, yang berasal dari Sarawak, ditahan kira-kira jam 7.45 pagi selepas dadah berkenaan ditemui terikat pada badannya ketika menjalani pemeriksaan pengimbas.

“Hasil pemeriksaan lanjut kemudian membawa kepada penemuan syabu 2.09 kilogram bernilai RM120,000 yang dibalut, seterusnya diikat pada badan suspek.

“Ia kemudian membawa penahanan seorang lagi suspek, dipercayai rakannya yang menunggunya di balai

pelepasan KLIA2,” katanya kmetika dihubungi, di sini hari ini.

Beliau berkata, suspek kedua berusia 29 tahun dari Kuala Lumpur itu dipercayai bertindak selaku peninjau bagi operasi mereka menyeludup keluar bahan terlarang itu.

“Berdasarkan maklumat yang diperoleh, kedua-dua suspek dalam perjalanan ke Surabaya, Indonesia,, dengan penerbangan mereja dijadualkan berlepas pada jam 9 pagi,” katanya.

Berdasarkan modus operandi digunakan, katanya, suspek yang dipercayai keldai dadah kepada sindiket dadah antarabangsa menerima bayaran RM12,000 untuk menyeludup bahan terlarang itu.

“Suspek kedua pula dibayar RM2,000 untuk mengawasi pergerakan suspek pertama sehingga sampai ke destinasi kerana kali pertama terbabit dalam aktiviti tersebut.

“Kedua-duanya direman sehingga 18 Nov dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya. – BERNAMA

Berita Harian X