Rabu, 13 November 2019 | 10:29am

Kerbau pun nak 'check-in'

MELAKA: Kerbau sesat dan memasuki sebuah hotel di Jalan Tun Tan Cheng Lock, berhampiran Jalan Jonker di sini, pagi tadi.

Difahamkan, kejadian disedari anggota polis yang melakukan rondaan kira-kira jam 7.30 pagi tadi yang pada awalnya menyangkakan berlaku kecurian di hotel dua tingkat berkenaan.

Bagaimanapun, keadaan pintu kaca depan kedai yang pecah kemudian didapati akibat dimasuki seekor kerbau.

Setakat jam 10 pagi ini, pihak polis bersama anggota Jabatan Veterinar, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Angkatan Pertahanan Awam sedang membuat persiapan untuk menangkap haiwan berkenaan.

Lokasi seekor kerbau memasuki sebuah hotel di Jalan Tun Tan Cheng Lock, Banda Hilir. - NSTP/Rasul Azli Samad
Berita Harian X