Khamis, 21 November 2019 | 9:44am
Zamakhshari (tengah) pada Ops Bersepadu anjuran JPJ, di Jalan Bangsar, awal pagi tadi. - NSTP/Zunnur Al Shafiq
Zamakhshari (tengah) pada Ops Bersepadu anjuran JPJ, di Jalan Bangsar, awal pagi tadi. - NSTP/Zunnur Al Shafiq
JPJ dalam Ops Bersepadu, di Jalan Bangsar, awal pagi tadi. - NSTP/Zunnur Al Shafiq
JPJ dalam Ops Bersepadu, di Jalan Bangsar, awal pagi tadi. - NSTP/Zunnur Al Shafiq

JPJ keluar lebih satu juta saman

KUALA LUMPUR: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengeluarkan 1,028,387 saman atas pelbagai kesalahan jalan raya di seluruh negara bagi tempoh awal Januari sehingga Oktober lalu.

Tanpa mendedahkan butiran lanjut nilai saman, Timbalan Ketua Pengarah JPJ (Perancangan dan Operasi) Zamakhshari Hanipah, berkata saman dikeluarkan itu membabitkan kesalahan utama seperti melanggar lampu isyarat, melebihi had muatan, tidak memakai tali pinggang keledar dan tidak memakai topi keledar.

“Kesalahan lain ialah memotong di garisan berkembar, memotong di sebelah kiri, menggunakan lorong kecemasan dan menggunakan telefon bimbit ketika memandu.

“Selain itu, sebanyak 275,554 saman (jumlah ini tidak termasuk saman di atas) bagi kesalahan tidak mempunyai lesen memandu dikeluarkan sepanjang tempoh itu,” katanya kepada pemberita selepas mengetuai operasi bersepadu JPJ Kuala Lumpur yang dijalankan di Jalan Bangsar, di sini, awal pagi tadi.

Beliau berkata dalam operasi bersepadu itu, JPJ memeriksa lebih 2,500 kenderaan.

JPJ dalam Ops Bersepadu, di Jalan Bangsar, awal pagi tadi. - NSTP/Zunnur Al Shafiq
JPJ dalam Ops Bersepadu, di Jalan Bangsar, awal pagi tadi. - NSTP/Zunnur Al Shafiq

Jabatan Alam Sekitar turut sama dalam Ops Bersepadu anjuran JPJ di Jalan Bangsar, awal pagi tadi. - NSTP/Zunnur Al Shafiq
Jabatan Alam Sekitar turut sama dalam Ops Bersepadu anjuran JPJ di Jalan Bangsar, awal pagi tadi. - NSTP/Zunnur Al Shafiq

Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) turut sama dalam Ops Bersepadu anjuran JPJ di Jalan Bangsar, awal pagi tadi. - NSTP/Zunnur Al Shafiq
Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) turut sama dalam Ops Bersepadu anjuran JPJ di Jalan Bangsar, awal pagi tadi. - NSTP/Zunnur Al Shafiq

“Ekoran itu, sebanyak 812 saman dikeluarkan antaranya melibatkan cukai jalan tamat tempoh dan kesalahan memasang cermin gelap melebihi had yang ditetapkan.

“Selain itu, dalam operasi ini, 11 lelaki ditahan kerana dipercayai positif dadah jenis methamphetamine hasil ujian saringan air kencing yang dijalankan,” katanya.

Pada masa sama, Jabatan Imigresen turut membuat pemeriksaan ke atas 19 warga asing dan menahan lima daripada mereka yang terdiri daripada seorang warga Bangladesh, Indonesia (2), India (1) dan seorang dari Sri Lanka kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

Operasi bermula 8 malam itu membabitkan pegawai dan anggota JPJ, Jabatan Imigresen serta Agensi Antidadah Kebangsaan. – BERNAMA

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X